Penerapan Konstruktivisme

Bagaimanakah Penerapan Konstruktivisme membantu dalam penulisan karangan?

  • Menurut Subadrah Nair dan Malar Muthiah (2005), pengadaptasian proses konstruktivisme merujuk kepada unsur kognitif tinggi.
  • Pendekatan ini digunakan dalam penjanaan idea untuk penulisan karangan.
  • Karangan fakta yang perlu kepada keupayaan murid mencerna buah fikiran untuk menggarab isi, bahasa dan pengolahan.
  • Kebanyakan topik karangan dalam latihan dan peperiksaan lebih berkisar kepada tema tertentu, khususnya yang membabitkan isu-isu nasional. 
  • Justeru, dalam menggarab isi-isi penting, selain menghuraikan fakta, murid perlu diajarkan dengan pelbagai pendekatan yang kreatif dan inovatif.


Pengajaran Konstruktivisme Berasaskan Komputer dan Teknologi Maklumat

  1. Menurut Matthews (2000), konstruktivisme ialah pendekatan pengajaran berasaskan penyelidikan yang menjurus kepada penjanaan minda.
  2. Konstruktivisme dianggap sebagai pengetahuan yang dibina sendiri.
  • Bahan Multimedia

    Multimedia bermaksud pelbagai media (Lau & Mohamad, 2002). Hale dan Olson (2002) pula mentafsirkan multimedia sebagai integrasi beberapa elemen asas, iaitu teks, grafik, audio dan animasi. Video juga dikatakan bahan multimedia yang khusus kerana siap sedia terdapat elemen teks, grafik, audio dan animasi (Lau & Mohamad). Teks boleh dikatakan frasa, klausa dan ayat, selain melibatkan hubungan dalam konteks kohesi (Adenan Ayob & Rakan-Rakan, 2012). Grafik pula ialah ilustrasi bitmap dan metafila (Adenan Ayob & Rakan-Rakan: Hale & Olson).

  • Persepsi Inkuiri

    Persepsi inkuiri lebih berfokus kepada penerokaan idea baharu. Apek penerokaan idea disesuaikan dengan Modul Pembelajaran Secara Konstruktivisme yang dihasilkan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001).

  • Persepsi Pembinaan Minda

    Persepsi minda pula berkait dengan penghasilan konsep dan struktur kognitif. Pandangan berikut juga diselaraskan dengan Modul Pembelajaran Secara Konstruktivisme yang dihasilkan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001).

  •  Dalam konteks penulisan karangan. ketiga-tiga elemen tersebut membantu pelajar untuk mencetuskan idea yang bernas dengan menggunakan kaedah berfikir secara kritis sekaligus memantapkan kemahiran penghuraian idea itu.

  •  Pengaplikasian bahan multimedia yang interaktif juga mampu memberi kesan kepada daya kognitif pelajar dengan mewujudkan persoalan-persoalan melalui tayangan video. Elemen dalam video telah merangsang pancaindera mereka yang seterusnnya otaka mereka bertindak balas.
















I BUILT MY SITE FOR FREE USING