Pendekatan Proses

Bagaimanakah Pendekatan Proses dapat membantu dalam penulisan karangan?

  • Model ini menekankan interaksi antara guru dengan pelajar melalui aktiviti seperti perbincangan, menjadi model, kerjasama rakan sebaya dan berdialog mengenai teks.
  • Pendekatan ini menggunakan input. 
    • Input bermaksud aktiviti untuk mengeluarkan idea dalam aktiviti pra penulisan seperti sumbangsaran, membaca dan mendengar, membuat tinjauan pendapat, mengkaji, bacaan cepat, perbahasan, mendengar kaset, membaca nota kuliah dan mendengar syarahan.


  • Penulisan draf;
    • Peringkat 1 : 
      • dijalankan di luar kelas
      •  Semasa penilaian rakan sebaya pelajar-pelajar boleh dipecahkan secara berasingan atau bertiga dan diberikan panduan satu senarai semak untuk membuat komen ke atas isi kandungan sahaja. 
      • Contohnya apakah idea utama dalam perenggan atau apakah idea utama penulis?
    • Peringkat 2:
      • Pelajar digalakkan membuat perubahan pada kandungan karangan. 
      • Dalam bengkel menulis, guru mengajarkan karangan kepada pelajar seperi memberi definisi atau membuat koherensi, melihat draf kedua dan membaca tiap-tiap draf sebanyak tiga kali. 
        • Bacaan pertama: mendapatkan idea keseluruhan. 
        • Bacaan kedua: memberi komen dan cadangan.
        •  Bacaan ketiga: menandakan kesalahan mereka.


* Sesi perbincangan guru murid: guru meminta murid memberitahu isi utama dalam karangan mereka.

* Dalam sesi ini, kelemahan tatabahasa dan cara membaikinya juga dimasukkan selepas perbincangan isi kandungan.

  • Draf akhir dihantar bersama-sama dengan kesemua nota dan lampiran.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING