Peranan bahasa dalam penulisan karangan adalah menjadi medium penyampaian dan penghuraian idea-idea topik perbincangan. Selain menjadi simbolik kepada pengalaman penulis terhadap pencapaan fikiran melalui pembacaan, bahasa juga bertujuan mengespresikan emosi penulis dalam karangan masing-masing. Pemilihan bahasa dan istilah hendaklah sejajar dengan isi-isi yang diutarakan. Ciri tipikal sesuatu bahasa ialah fleksibel, iaitu boleh dilentur dan dijalinhubungkan. Hal ini brmaksud pengolahan bahasa menentukan kematangan sesuatu penulisan karangan berdasarkan penggunaan bahasa yang mantap dan bernas. Tambahan pula, bahasa berfungsi untuk memberi kesan kepada pembaca mengikut bentuk karangan yang dipilih. Contohnya, jika penulis mengarang karangan jenis pendapat, penggunaan bahasa mestilah mampu menjentik pemikiran dan emosi pembaca supaya sependapat dengannya.