30 Apr
30Apr

Penentu kepada kematangan dan kecemerlangan sesuatu karangan adalah berdasarkan kemampuan penulis mengolah penulisannya. Dalam konteksnya, pengolahan idea berdasarkan tajuk menjadi tunjang kepada hasil keseluruhan karangan. Para pelajar perlu cakna terhadap tahap signifikan isi , pemilihan bahasa dan susunan struktur ayat dalam membina huraian. Penulisan karangan merangkumi aspek pemerengganan, iaitu perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan peutup. Lazimnya, petikan kata-kata  pakar atau peribahasa menjadi mukadimah kepada perenggan pendahuluan. Manakala perenggan isi pala,  dimulakan dengan perbincangan idea yang difikirkan sangat relevan, diikuti oleh tahap kedua relevan pada perenggan seterusnya. Dalam perenggan penutup pula, penulis biasanya akan menyimpulkan idea keseluruhan kemudian disertakan dengan ayat harapan dan cadangan.

Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING