1. Pendahuluan
- Merupakan bahagian yang memperkenalkan tema dan tajuk karangan tersebut. Bahagian ini perlu diolah dengan baik bagi menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan.
- Tema dan tajuk karangan dibincangkan secara umum.
2. Tubuh Karangan
- Merupakan perkembangan kepada tema penulisan karangan.
- Terdiri daripada beberapa perenggan, iaitu bergantung kepada isi atau idea penulisan.
- Tertakluk kepada tiga prinsip;
i. Kesatuan ides
ii. Urutan idea
iii. Penonjolan idea utama
3. Penutup
- Menyimpulkan keseluruhan tema dan topik karangan.
- Bahagian ini memenuhi perasaan ingin tahu dan seterusnya menimbulkan rasa puas hati dalam kalangan pembaca.
- Menyatakan cadangan dan harapan.