Antara ciri-ciri karangan fakta atau rencana adalah seperti yang berikut;
Secara umumnya, karangan fakta ialah karangan yang diolah untuk:
a) Menerangkan sesuatu peraturan.
b) Menerangkan proses kejadian sesuatu perkara.
c) Menerangkan peranan seseorang.
d) Memberi petunjuk dan arahan.
e) Menerangkan sesuatu kaedah dan penggunaan ciptaan.
1. Merupakan esei formal.
- Penggunaan bahasa baku yang lebih konvensional dan mempunyai struktur yang lebih terancang.
2. Tujuan penulisan adalah serius.
- Setiap fakta, ulasan dan pendapat haruslah ada asasnya.
- Idea yang dikemukakan adalah hasil penyelidikan dan kajian oleh orang yang mahir.
- Contohnya laporan daripada Kementerian Kesihatan mengenai statistik pesakit kanser.
3. Mempunyai digniti.
- Mementingkan ketepatan dan kejituan maklumat serta hujah yang berasaskan penyelidikan, rujukan dan tinjuan oleh penulisnya.
4. Mempunyai ukuran kepanjangan.
- Lebih panjang daripada nota dan pendek daripada monograf.
- Monograf: Penulisan ilmiah.
5. Penulisan yang jelas dan jitu.
- Padat dengan maklumat.
- Menggunakan bahasa yang konkrit, mudah difahami dan tidak memakai perkataan yang berlebihan.
6. Tujuan untuk menyampaikan maklumat (pendedehan).
- Seolah-olah berbentuk wawancara.
- Maklumat yang dimuatkan lazimnya menjawab soalan siapa, di mana, bila, apa dan bagaiamana.
7. Bersifat ulasan subjektif.
-Penulis dapat melahirkan perasaan dan pandangan terhadap isu yang diutarakan.
8. Organisasi penulisan adalah logik.
- Idea, huraian dan contoh adalah berdasarka hasil penyelidikan dan kajian.
9.
-