Penulisan Pengolahan

1. Membina Perenggan

i. Perenggan Pendahuluan

- Pendahuluan di bina dengan tiga hingga lima ayat. Karangan bermula dengan ayat pengenalan. Satu ayat pengenalan sudah cukup memadai. Ayat tersebut memberi gambaran umum kepada pembaca tentang tajuk atau topik karangan. Diikuti oleh dua atau tiga ayat sokongan kepada kenyataan dalam ayat pengenalan. Terdapat tujuh jenis perenggan pendahuluan, iaitu pendahuluan jenis definisi, pendapat, situasi atau suasana, persoalan, peribahasa, puisi dan sejarah.

- Perenggan ini diakahiri oleh satu ayat fokus (tesis), sebagai penegasan kepada tujuan atau arah karangan. Penulis menimbulkan persoalan yang hendak dibincangkan seterusnya. 

Contoh:

   'Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.' *Isu kemalangan jalan raya semakin kerap dipaparkan melalui media massa dan media eletronik (ayat 1/).  Hal ini menggambarkan bahawa masyarakat pada hari ini peka terhadap isu semasa (ayat 2). Lantas mereka cuba mengenal pasti punca permasalahan serta mencari jalan penyelesaiannya (ayat 3). Hal ini bermakna masyarakat tidak akan membiarkan masalah ini terus menjadi barah yang memusnahkan kehidupan (ayat 4). Justeru, apakah punca-punca yang menyebabkannya berlaku? (ayat penutup/fokus)


ii. Perenggan Isi

- Bahagian isi atau badan karangan terdiri daripada beberapa perenggan. Satu idea dibincangkan dan dihuraikan dalam satu perenggan. 

- Setiap perenggan dihasilkan daripada sejumlah ayat yang berkaitan antara satu sama lain. 

- Perenggan isi mengandungi empat ayat, iaitu;

* Ayat judul (A1) - Ayat yang mengandungi kata kunci jawapan yang menjawab pokok persoalan karangan.

* Ayat huraian (A2) - Huraian lanjut tentang isi utama, bertujuan memberikan penjelasan tentang isi atau menyokong isi utama.

* Ayat bukti/contoh - Ayat yang mengandungi bukti atau contoh berkaitan isi.

* Ayat penegas - Ayat yang memberikan penegasan terhadap huaraian yang dikemukakan.

- Perenggan isi terbahagi kepada tiga bentuk, iaitu;

a. Perenggan Deduktif 

  • Generalisasi                      - (AT)
  • Ayat fakta                          - (AC)
  • Ayat huraian/cadangan  - (AH)          
  • Ayat kesimpulan              - (AK)


Pentadbiran negara dan swasta menjadi lebih cepat dan cekap (AT). Dengan itu, Malaysia akan lebih cepat mencapai wawasannya dan mencipta nama di persada dunia ini. Sebagai analoginya, kerja pengurusan dokumen, permohonan dan sebagainya menjadi tepat dan cekap (AC). Dengan adanya ICT, data dapat diproses dan disimpan dengan segera tanpa membuang masa (A. Huraian). Urusan kewangan melalui mesin teler automatik(ATM) dan Internet membolehkan kita menguruskan wang kita di seluruh dunia dengan mudah dan lancar. (AK)


b. Perenggan Induktif

  • Ayat Kesimpulan                - (AK)
  • Ayat huraian/cadangan    - (AH)
  • Ayat fakta                           - (AC)
  • Ayat Generalisasi              - (AT)


c. Perenggan Gabungan

  • Gabungan antara deduktif dan induktif dengan menyatakan ayat topik (generalisasi) pada awal dan akhir perenggan.
  • Di tengahnya dikemukakan idea-idea fakta dan contoh.
  • Isi inti pada ayat topik terawal boleh diperatutkan dengan isi inti pada ayat akhir perenggan.

 ii. Perenggan Penutup

  • Ayat kesimpulan
  • Ayat cadangan
  • Ayat harapan


2. Pembinaan Ayat Berkesan

a. Kesatuan gagasan

    - Gagasan berfungsi mengembangkan tema atau isu yang menjadi asas                   karangan.  

   - Ayat perlu mempunyai fokus.

   - Menulis hanya satu idea dalam satu ayat/gagasan.

   - Gunakan ayat yang berpada panjangnya.  

 

b. Kepaduan 

   - Bererti hubungan timbal balik yang baik dan jelas antara dua unsur                          pembentuk ayat. 

- Susunan frasa nama juga perlu memantuhi hukum DM.

 

c.Penalaran & Logika

  - Penalaran bersangkut paut dengan konsep hujah.

  -  Logika pula didefinisikan sebagai sistemb berfikir, iaitu sesuatu gagasan                disusun sehingga daapt diterima oleh akal yang sihat.

 - Oleh itu, penghasilan ayat perlu nalar dan logik.

 

d. Penekanan

- Bermakna memberi penegasan terhadap bahagian yang ingin ditonjolkan dalam ayat. 

- Cara 1; Mengubah kedudukan unsur tertentu (penyongsangan ayat)

- Cara 2; Mengulang unsur yang ingin ditegaskan. 

 * penggunaan partikel -lah

* penjudukan frasa atau ayat. (dikedepankan)

* pengulangan kata. 


e. Kevariasian

    - Menggunakan ayat yang pelbagai dengan tujuan untuk memberikan kelainan        bagi menghilangkan kejemuan pembaca.


f. Kesejajaran

   - Kesamaan menggunakan kata atau frasa dalam binaan ayat. 

   - Kata atau frasa yang setaraf, yakni sama bentuknya atau golongan katanya.


g. Kehematan

  - Cermat dan tepat dalam penggnaan ayat, iaitu tidak menokok tambah kata            atau frasa berlebih-lebihan. 

  - Tidak menggunakan ayat yang maksunya tidak jelas.


h. Kemurnian

- Menjaga keaslian struktur ayat bahasa Melayu dan mengelakkan terserapnya         bahasa- bahasa asing lain di dalamnya.


3. Penggunaan Penanda Wacana

- Penanda wacana merupakan perangkai ayat untuk menentukan kesinambungan antara satu idea dengan idea yang lain. 

- Juga bertujuan mempertautkan dari segi struktur dalam bentuk maklumat baharu atau lama dalam sesuatu karangan.

Bil.Fungsi Penanda WacanaJenis-jenisnya
1Hubungan yang menyatakan tambahan kepada sesuatu yang telah disebut sebelumnya.Lebih-lebih lagi, tambahan pula, malah, selanjutnya, seterusnya, di samping itu, demikian juga, seperti halnya.
2Hubungan yang menyatakan pertentangan dengan sesuatu yang telah disebut sebelumnya.Tetapi, namun begitu, bagaimanapun, walaupun demikian, akan tetapi, meskipun, sungguhpun begitu.
3Hubungan yang menyatakan perbandingan.Lain halnya, seperti, dalam hal yang sama, ataupun, dalam hal yang demikian, sebagai mana.
4Hubungan yang menyatakan akibat atau hasil.Oleh sebab itu, kerana itu, jadi, maka akibatnya, lataran itu, justeru itu, oleh itu, dengan itu, demikian, hasilnya.
5Hubungan yang menyatakan tujuan, maksud dan harapan.Supaya, agar, untuk maksud itu, ini bermakna, ini membawa pengertian, moga-moga.
6Hubungan yang menyatakan singkatan atau generalisasi.Ringkasnya, pendeknya, pendek kata, secara singkat, pada umumnya, pada amnya, seperti sudah dikatakan.
7Hubungan yang menyatakan waktu.Kini, pada waktu ini, sementara itu, selepas itu, beberapa saat kemudian, pada waktu yang sama.
8Hubungan yang menyatakan tempat.Di sini, di sana, berdekatan, berdampingan dengan, di samping.
9Hubungan yang menyatakan penekanan atau penegasan.Sesungguhnya, sebenarnya, sememangnya, tegasnya.
10Hubungan yang menyatakan perkaitan atau pertalian.Sehubungan dengan, berhubungan dengan itu, dalam hubungan, dari segi, seiring dengan, sejajar dengan, dengan perkataan lain, yakni, dalam erti kata lain.
11Hubungan yang menyatakan percontohan.Misalnya, sebagai contoh, contohnya.
12Hubungan yang menyatakan pendahuluan atau kesimpulan.Sebagai permulaan, pada mulanya, pertamanya, sebagai kesimpulan, pada akhirnya, akhir kata, sebagai akibatnya, dengan demikian, oleh itu.










4. Mengenalpasti perkataan yang betul dan tepat.

- Pelajar boleh membuat rujukan maya dengan mengakses laman web seperti Laman Web Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memahami makna perkataan dan istilah sekalligus menambah kosa kata dalam kamus bahasa masing-masing.


5. Menggunakan Teknik '5W + 1H'

- Dalam mengolah karangan, pelajar boleh membina idea dan huraiannya dengan menjawab soalan sasaran seperti;

  1. What - Apa?
  2. Who - Siapa?
  3. When - Bila?
  4. Where - Di mana?
  5. Why - Kenapa?
  6. How - Bagaimana?


6. Susunan Idea/ Isi

- Huraian idea disusun mengikit urutan kekuatan idea tersebut.

- Paling relevan ke kurang relevan.

I BUILT MY SITE FOR FREE USING