1. Pemilihan bahasa dan istilah
- Pelajar perlu mengumpul sebanyak mungkin kosa kata dalam kamus bahasa masing-masing.
- Perkara ini boleh dilaksanakan dengan memperbanyakkan bacaan dalam pelbagai sumber. (akhbar, buku, artikel, journal)
- Bahasa yang sesuai untuk karangan fakta ialah bahasa formal dan baku.
- Terdapat istilah-istilah khusus bagi beberapa perkara tertentu. Misalnya, darjah celsius, kebolehcapaian, halaju, dan lain-lain.
- Pelajar juga perlu cakna dengan istilah-istilah baharu seperti swafoto, tular, tera air, dan tunafoto.
- Penggunaan istilah hendaklah sesuai dengan konteks perbincangan atau tema karangan yang diberikan.
2. Penggunaan peribahasa
- Bagi mencantikkan lagi gaya penulisan, pelajar digalakkan untuk memuatkan beberapa peribahasa yang selari dengan topik perbincangan.
- Penggunaanya peribahasa perlu berpada bagi menjamin keseimbangan karangan.
- Perkara ini penting supaya ciri-ciri penulisan fakta dikekalkan dan tidak menjurus kepada penulisan bentuk sastera.
- Dengan menyertakan peribahasa dapat menjamin kelangsungan pembaca membaca karangan sehingga ke penghujung.
- Peribahasa berfungsi sebagai pemberi analogi kepada isi huraian bagi meningkatkan pemahaman pembaca terhadap mesej yang disampaikan.
- Selain itu, turut membantu pembaca mengesan fokus idea karangan.
Contoh:
Sudah terang lagi bersuluh bahawa ICT memainkan peranan yang penting kepada dunia. Hal ini dapat dibuktikan apabila ICT mempercepat hubungan antarabangsa. Dunia seakan-akan menjadi semakin kecil dengan wujudnya ICT.
3. Pengunaan laras bahasa.
- Laras bahasa ialah penggunaan bahasa mengikut bidang penggunaan, sama ada bidang sains, ekonomi, politik, sosial atau pendidikan.
- Dalam konteks penulisan karangan fakta, laras bahasa yang digunakan ialah laras umum.
- Laras ini digunakan untuk menerangkan sesuatu topik khas kepada pembaca yang bukan pakar dalam bidang tersebut.
- Ciri-ciri laras umum:
i. Tidak mengandungi istilah teknikal ii. Menggunakan ayat yang berstruktur mudah iii. Tidak banyak menggunakan kata atau perkataan pinjaman |
4. Syarat pemilihan kata
- Pelajar perlu menguasai selok belok pembentukan ayat dengan membuat pemilihan kata yang sesuai.
- Syarat-syarat pemilihan kata adalah seperti yang berikut;
a. Dapat membezakan antara denotasi (tersurat) dan konotasi (tersirat).
* Bunga Rafflesia boleh ditemui di gunung Kinabalu. (denotasi)
* Bagi menentukan masa depan bunga bangsa di tanah air tercinta. (konotasi)
b. Dapat membezakan kata-kata yang hampir sinonim.
* Hutan Belum di Gerik menjadi tumpuan pelancong sejak dua menjak ini.
* Ayah belum pulang dari kerja.
c. Dapat membezakan perkataan yang hampir sama ejaan.
* intensif - insentif
* kerling - keliling
d. Dapat memakai kata penghubung berpasangan dengan tepat.
* tidak....melainkan
* baik....ataupun
* buka....tetapi
e. Dapat membezakan perkataan yang umum dan khusus.
* Melihat - mengerling, mengamati, meneropong, mengintip, melirik
* Belajar - membaca, mendengar, menulis, melihat, berfikir
* Bermain - bola sepat, badminton, tenis, jongkak
f. Dapat membezakan kata baku dan kata dialek
* Mari - mai
* Wang - pitih
* Pukul - tibai, tabuh